Sunday, January 17, 2010

Defining

jujur pd diri,
siddiq pd Dia yg Maha Mengetahui.

hamparkan lah jutaan alasan sekalipun..
Dia, Maha Halus penelitianNya.
antara timbunan alasan, dalih yg bersirat2,
Dia Maha Tahu apa dasar di sebalik segala itu.

What makes a person a daie?
daie itu didefine melalui amal..
tidak di define melalui pengisytiharan diri
mahupun pengisytiharan manusia.
deklarasi itu hanya dr Allah swt

beramallah..Dia, rasul & org2 beriman akan melihat.

andai tidak,
biar setinggi mana sekalipun engkau di mata manusia
sedarlah..penghuni langit sedang tidak memandang kepada mu.


Define yourself.

Wednesday, January 13, 2010

Perancangan & persediaan

Ramai manusia hebat dalam merancang,
dan bersedia utk setiap yg dirancangkan.
merancang utk apa yg akn berlaku/dilakukan
minggu depan
bulan depan
6 bulan lagi
atau 12 bulan lagi

Bersedia bagaikan pasti ia akan berlaku.

namun, kadangkala terlupa utk bersedia habis2an;
utk sesuatu yg lebih pasti akan berlaku.
ketibaan izrail, pengakhiran hidup duniawi, permulaan utk kehidupan abadi.

tidak salah utk merancang & bersedia,
cuma janganlah sehingga segala perancangan & persediaan itu
melampaui kesungguhan diri dalam bersedia utk kematian.

kerana mati itu yg lebih pasti.