Thursday, February 25, 2010

Monday, February 22, 2010

himpunan gubahan perkataan =)

bismillah..

salah satu benda yg sy suka lakukan ialah;
membaca2 emel dulu kala (atau yg mungkin tak dulu kala sgt) dalam inbox =)
sama ada yahoo atau gmail =)
dan juga LG
setiap satu sarat dgn ribuan rasa

my precious collection of reminderss,
indeed, He knows me well..
Allah yg Maha Tahu
=) =) =)

Alhamdulillah..^_^

Friday, February 12, 2010

Basmah?


Wida' journey in yathrib..

<smg Allah mberkati>
all the best =)

Ilal liqa'..:-)

Thursday, February 11, 2010

Apa yg d perlukn?


Taqwa.
Perancangan.
Disiplin.
Muhasabah.
Keyakinan.
Kesetiaan
..& the list goes on

utk selaut keikhlasan & segunung kesungguhan

Monday, February 8, 2010

Kelopak rasa

bismillahirrahmanirrahim.

teringat satu sajak yang zaman2 IB dulu perlu di bedah & dibentangkan..

************

KELOPAK RASA~USMAN AWANG

Jika rasa ini seperti angin malam
bertiup dari laut dan gunung
melampaui tanah-tanah subur dan ladang menghijau
hati ini akan menghembuskan bahagia yang melimpah
bergetar bagai riak di tasik hati bulan cherah
kepada setiap benda supaya semua sama menchechah.

Ambillah sebahagian dari rasa ini, terimalah
seperti hati yang kini mengerdip terserlah
keringkanlan airmatamu, setitis jangan tumpah
biar kolam derita kering dan tak seorangpun
meski pengemis di bawah jambatan dan lorong
merasa sepi dan menatap dunia serba kosong.

Dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitam
bertunjang erti rasa; pedih-duka bahagia-ria
Itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa
kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.

Bahagia anugerah keramat, alangkah manisnya pagi
datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi
pada setiap bibir dan hati
dengan megahnya mengukir kehalusan rasa.

Kuala Lumpur, April 1964


*************

Nantikan, biiznillah.

Sunday, January 17, 2010

Defining

jujur pd diri,
siddiq pd Dia yg Maha Mengetahui.

hamparkan lah jutaan alasan sekalipun..
Dia, Maha Halus penelitianNya.
antara timbunan alasan, dalih yg bersirat2,
Dia Maha Tahu apa dasar di sebalik segala itu.

What makes a person a daie?
daie itu didefine melalui amal..
tidak di define melalui pengisytiharan diri
mahupun pengisytiharan manusia.
deklarasi itu hanya dr Allah swt

beramallah..Dia, rasul & org2 beriman akan melihat.

andai tidak,
biar setinggi mana sekalipun engkau di mata manusia
sedarlah..penghuni langit sedang tidak memandang kepada mu.


Define yourself.

Wednesday, January 13, 2010

Perancangan & persediaan

Ramai manusia hebat dalam merancang,
dan bersedia utk setiap yg dirancangkan.
merancang utk apa yg akn berlaku/dilakukan
minggu depan
bulan depan
6 bulan lagi
atau 12 bulan lagi

Bersedia bagaikan pasti ia akan berlaku.

namun, kadangkala terlupa utk bersedia habis2an;
utk sesuatu yg lebih pasti akan berlaku.
ketibaan izrail, pengakhiran hidup duniawi, permulaan utk kehidupan abadi.

tidak salah utk merancang & bersedia,
cuma janganlah sehingga segala perancangan & persediaan itu
melampaui kesungguhan diri dalam bersedia utk kematian.

kerana mati itu yg lebih pasti.